Langkah-langkah Menulis Karangan Rangsangan
1. Baca
arahan dengan teliti
2. Kenalpasti
kata kunci soalan tersebut
3. Gambar
yang diberi merupakan bahan untuk merangsang calon untuk mendapatkan idea.
Soalan:
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pentingnya kemudahan awam kepada masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Soalan:
Lihat gambar di bawah ini dengan teliti. Huraikan pendapat anda tentang pentingnya kemudahan awam kepada masyarakat. Panjangnya huraian anda hendaklah tidak lebih daripada 120 patah perkataan.
Kemudahan
Awam untuk Masyarakat
Perkara yang perlu ada dalam pendahuluan. (Bentuk isu semasa)
Perkara yang perlu ada dalam pendahuluan. (Bentuk isu semasa)
(A1) Isu semasa yang relevan dengan kehendak soalan
(A2) Ulasan isu dan kaitannya dengan perkara yang berlaku pada masa ini
(A3) Hala tuju karangan mengikut kehendak soalan
Pendahuluan
(A1) Kini, pihak kerajaan telah menyediakan pelbagai kemudahan awam untuk keselesaan rakyat.
(A2) Antaranya termasuklah sekolah, telefon
awam, pengangkutan awam, dan pondok menunggu
bas.
(A3) Kemudahan yang disediakan memainkan
peranan penting dalam kehidupan masyarakat.
Kaedah Pengembangan Isi
Isi
Apa?
- Apakah isi pokok yang mahu disampaikan
Huraian
- Kesan daripada apa?
- Kesan yang boleh berlaku (isi pokok)
Contoh
- Apakah contoh yang dapat menunjukkan (isi pokok)
Pengembangan Isi
(A1) Bangunan sekolah yang yang mempunyai pelbagai kemudahan amat penting dalam
proses
pengajaran dan pembelajaran.
(A2) Sebagai
contoh, bangunan sekolah yang dilengkapi kemudahan air, elektrik, dan tandas .
(A3) Hal
ini membolehkan pelajar belajar dalam suasana yang selesa.
(A1) Pengangkutan awam juga tidak kurang pentingnya kepada mereka yang berulang-
alik
ke sekolah atau ke tempat kerja.
(A2) Sebagai
contoh, pengangkutan awam yang kerap digunakan ialah bas awam.
(A3) Pengangkutan ini menjimatkan wang bagi golongan yang berpendapatan rendah.
(A1) Selain itu, telefon merupakan alat perhubungan yang penting pada masa ini.
(A2) Sebagai contoh, telefon awam amat diperlukan di kawasan luar
bandar.
(A3) Kemudahan ini diperlukan terutamanya
ketika berlaku sesuatu kecemasan seperti kebakaran dan sebagainya.
(A1) Keselamatan orang ramai pada waktu malam
pula akan lebih terjamin apabila diterangi oleh lampu jalan.
(A2) Hal
ini sekali gus dapat mengurangkan kadar jenayah.
(A3) Jenayah
seperti ragut, mencabul kehormatan dan sebagainya pasti akan berkurangan
apabila tiada lagi kawasan yang bergelap.
Apa yang perlu ada dalam penutup:
(A1) Rumusan ataupun kesimpulan menyeluruh
tentang perbincangan isi
(A2) Menyatakan cadangan atau saranan yang sesuai
Penutup
(A1) Kesimpulannya, semua pihak hendaklah bekerjasama menjaga kemudahan awam.
(A2) Caranya, dengan menggunakannya sebaik
mungkin kerana kemudahan tersebut
adalah
milik bersama.
(120 patah kata)
TATABAHASA ONLINE
(120 patah kata)
TATABAHASA ONLINE
KELEMAHAN CALON
1. Menulis
terlalu panjang melebihi 120 patah perkataan
2. Karangan
tidak mempunyai pendahuluan dan penutup (kesimpulan)
3. Menulis
tanpa perenggan.
4. Hanya
menulis tentang apa yang dilihat sahaja
5. Menulis
tentang perkara yang di luar skop soalan
CONTOH-CONTOH KARANGAN BENTUK LAIN
chrome://newtabhttp//karanganupsr.wordpress.com/
CONTOH-CONTOH KARANGAN BENTUK LAIN
chrome://newtabhttp//karanganupsr.wordpress.com/
No comments:
Post a Comment